Xiaomi Mi Note 10 Rasmi – Sokong Snapdragon 730G + Kamera Utama 108MP + Bateri 5,260mAh Dengan Pengecasan Pantas 30W

4385
- Iklan -

YES! YES! YES! Akhirnya tiba! Xiaomi Mi Note 10 kini diperkenal secara rasmi dalam sebuah acar pelancaran berlangsung di Madrid, Spain sebentar tadi. Membawakan sesuatu diluar jangkauan akal, Mi Note 10 nampaknya mampu menggegarkan pasaran peranti pintar.

Xiaomi Mi Note 10 membawakan paparan berukuran 6.47″ AMOLED dengan lengkung 3D di keempat-empat sisi. Paparan ini menawarkan warna gamut yang asli dan diiktiraf pensijilan TUV Rhineland untuk perlindungan mata.

Untuk spesifikasi dalaman, Xiaomi Mi Note 10 dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 730G (8nm) dengan sokongan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Melengkapi peranti adalah bateri berkapasiti 5,260mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W daripada kotak.

Untuk persediaan kamera pula, ia didatangkan lima kamera utama dengan gabungan lensa 108MP + 12MP + 5MP + 20MP + 2MP. Seterusnya, ia diiringi dengan kamera selfie sebesar 32MP. Antara ciri menarik pada kamera termasuklah Dual OIS, 10x hybrid zoom, 50x digital zoom, Night mode 2.0, 960fps macro slow-motion video, 4K Ultra Wide Angle video dan vlog mode.

Xiaomi Mi Note 10 menggunakan antaramuka MIUI 11 dan ciri menarik lain pada peranti termasuklah MFC, 3.5mm headphone jack, IR Blaster dan Hi-Res audio. Tersedia dalam tiga warna menarik seperti Aurora Green, Glacier White dan Midnight Black, Xiaomi Mi Note 10 ditawarkan pada harga berikut :

  • Xiaomi Mi Note 10 (6GB + 128GB) – 549 EUR (kira-kira RM2,516)
  • Xiaomi Mi Note 10 Pro (8GB + 256GB) – 649 EUR (kira-kira RM2,975)
- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here