WhatsApp Perkenal Kemas Kini Baharu – Ciri Katalog Produk Untuk Perniagaan Kecil

601
- Iklan -

Tidak dapat dinafikan kegiatan membeli-belah dalam talian semakin popular – termasuk di aplikasi WhatsApp untuk perniagaan kecil. Pun begitu, kita pastinya berhadapan dengan situasi di mana – perlu berkongsi banyak gambar untuk memberikan maklumat mengenai produk yang ditawarkan.

Pun begitu, jangan risau. WhatsApp kini memperkenalkan kemas kini baharu iaitu ciri katalog pada aplikasinya – sekaligus memudahkan lagi urusan beli-belah pengguna. Melalui ciri ini, para penjual kini boleh berkongsi dan mempamerkan produk jualan mereka dengan kemas – sekaligus menjadikan pemilik perniagaan kelihatan lebih professional.

Setiap item dalam katalog, peniaga boleh menambah pelbagai maklumat termasuk harga, keterangan penuh dan kod produk. Di samping itu, ciri juga mendatangkan kebaikan kepada pembeli di mana mereka dapat menemui sesuatu yang ingin dibeli dengan mudah.

Ciri ini boleh didapati menerusi akaun WhatsApp Business yang ditawarkan secara percuma menerusi aplikasi berasingan. Untuk masa ini, ciri baru ini hanya ditawarkan di Brazil, Jerman, India, Indonesia, Mexico, UK dan juga AS. Pun begitu, ia dikatakan bakal diperluaskan lagi ke negara-negara lain kelak.

[ SUMBER : WHATSAPP ]

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here