WhatsApp Memperkenalkan Kunci Cap Jari Untuk Pengguna Android

1163

Awal tahun ini, WhatsApp telah memperkenalkan Touch ID dan Face ID untuk iPhone bagi memberikan lapisan keselamatan tambahan untuk pengguna WhatsApp. Terkini, sokongan berkenaan telahpun diumumkan secara rasmi kepada pengguna Android bagi memberikan sistem keselamatan dan privasi yang lebih terjamin.

Bagi menggunakan fungsi ini, anda boleh membuat tetapan melalui Tetapan > Akaun > Privasi > Kunci cap jari. Tambahan lagi anda boleh mengehadkan masa penggunaan untuk kunci cap jari  ini.