[Ura-Ura] : Xiaomi Mempatenkan Peranti Lipat Dengan Penta Kamera Bersama Rekaan Pop-Up

526
- Iklan -

Xiaomi baru sahaja melepaskan Xiaomi Mi CC9 Pro dan Mi Note 10 yang dibina dengan persediaan lima kamera utama (penta camera). Terkini, syarikat tersebut sekali lagi mengejutkan ramai pihak apabila didakwa telah mempatenkan rekaan peranti dengan sokongan lima kamera bersama rekaan pop-up.

Memetik rekaan paten yang tersebar, peranti ini berkenaan bakal membawakan skrin lipat ke luar dan part paling penting adalah ia dibenamkan dengan lima kamera utama (penta camera). Apabila ia dibentangkan, kedudukan kamera dilihat ditempatkan pada bahagian kiri.

Pun begitu, pendedahan paten tidak bermakna sesebuah syarikat itu bakal menghasilkan rekaan berkenaan – ia memberi gambaran mereka kini sedang meneroka lebih inovasi terkini dan berusaha ke arahnya.

[SUMBER]

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here