[Ura-Ura] : HUAWEI Nova 6 5G Muncul Di Penanda Aras Geekbench – Sokong Kirin 990 + 8GB RAM?

405
- Iklan -

HUAWEI Nova 6 nampaknya terus menghantui ramai – terkini model ini dikatakan telah muncul di platform penanda aras Geekbench 4. HUAWEI Nova 6 muncul dengan kod nama HUAWEI WLZ-AN00 dan ia dilihat menjaring skor sebanyak 3,821 mata dalam ujian satu teras dan 11,963 mata untuk ujian pelbagai-teras.

Pada masa sama, penyenaraian Geekbench dilihat turut mendedahkan sejumlah spesifikasi utama peranti – termasuk bakal membawakan persediaan cip permproses Kirin 990, memori sebesar 8GB dan sistem operasi Android 10 yang mungkin berasaskan antaramuka EMUI 10. Pun begitu, masih banyak maklumat yang belum diketahui. Seperti biasa , maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum dapat dipastikan kesahihannya. Sama-sama kita tunggu kemunculan rasmi empunya badan.

[SUMBER]

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here