[Ura – Ura] : Apple Watch Seterusnya Bakal Menampilkan Sokongan Touch ID Di Bawah Paparan

422
- Iklan -

Bila bercakap mengenai Apple Watch, siapa yang tidak kenal dengan produk daripada raksasa IT, Apple ni kan? Ia bukan sahaja terlihat mewah dipergelangan tangan, bahkan cukup terbaik dalam memantau kesihatan serta mengurus ativiti harian. Terkini, muncul ura-ura mengatakan Apple bakal menyertakan fungsi Touch ID di bawah paparan pada Apple Watch yang seterusnya.

Memetik satu paten tersebar, Apple merancang untuk memperkenalkan pengesan sentuhan, pengesan tekanan, pengesan suhu dan fungsi pengimbas cap jari yang boleh diletakkan di bawah paparan. Menerusi Touch ID – ia sekaligus bantu menambah baik fungsi keselamatan di mana hanya pemilik sebenar sahaja dapat mengakses fungsi tambahan tersebut.

Sumber mengatakan titik utamanya adalah memperkenalkan idea bagi mengubah antena daripada badan jam ke tali – memberi lebih ruang untuk memuatkan banyak komponen di bawah skrin. Pun begitu, pendedahan paten tidak bermakna  syarikat itu bakal menghasilkan rekaan berkenaan – ia hanya memberi gambaran mereka kini sedang meneroka lebih inovasi baru dan berusaha ke arahnya.

[SUMBER]

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here