[TERTIRIS] : HUAWEI nova 6 5G Dengan Warna Merah Muncul – Sokongan Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Sisi?

1364
- Iklan -

Baru sahaja muncul dengan HUAWEI Nova 5, kini HUAWEI dikatakan bakal muncul dengan pewaris baru pula iaitu HUAWEI Nova 6. Terkini, maklumat mengenainya mula tertiris sedikit demi sedikit dan kini sebuah imej didakwa memaparkan peranti tersebut dalam varian merah telah bocor.

[BACA : HUAWEI nova 6 Akan Tampil 2 Versi – Rangkaian 5G & 4G Bersama Teknologi Pengecasan Pantas 40W ]

Memetik sumber, imej tersebut telah dikongsi oleh Evan Blass dan ia didakwa memaparkan HUAWEI Nova 6 5G dalam warna yang dipanggil “Sunset Red”. Jika diteliti, imej tersebut secara tidak langsung turut mendedahkan rekaan paparan hadapan peranti – dua kamera selfie mirip seakan-akan Samsung Galaxy S10+.

Sumber juga mengatakan ia mungkin didatangkan dengan skrin jenis LCD dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada sisi peranti. Selain itu, paparan skrin peranti ini mempunyai kadar penyegaran 90Hz – di mana merupakan yang pertama untuk peranti dengan paparan jenis LCD.

Seterusnya, khabar angin juga mendedahkan model ini bakal tampil dalam 2 versi, iaitu 5G dan 4G – di mana untuk versi 5G akan dibungkuskan dengan Kirin 990 5G. Maklumat lanjut mengenai peranti masih diketahui dan tarikh pelancaran juga masih belum dikongsi. Sama-sama kita tunggu!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here