Terokai Kehidupan Laut Melalui 5G AR Di aquARiaKLCC – Kolaborasi Maxis Bersama Aquaria KLCC

403
- Iklan -

Hari ini Maxis dan aquARiaKLCC berkerjasama merasmikan kehadiran 5G Augmented Reality (AR) yang pertama pada kehidupan laut. Kerjasama ini membolehkan pengunjung lebih mendekati dan mempelajari kehidupan laut melalui teknologi 5G.

Kerjasama Maxis dan aquARiaKLCC kali ini adalah sebahagian daripada 5G Malaysia Demonstration Project yang diumumkan oleh MCMC awal tahun, misi utama untuk membangun penggunaan 5G dalam persekitaran hidup dalam keadaan terkawal.

Pengunjung boleh mendekati kehidupan laut hanya dengan peranti pintar yang ada dalam tangan, tambahan ia dipadankan dengan fon kepala yang membolehkan anda melihat sambil mendengar suara dari kehidupan laut.

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here