Tarikh Rasmi Dikongsi, ColourOS 7 Bakal Diumumkan Pada 20 November Ini!

360
- Iklan -

OPPO kini berkongsi tarikh pengumuman rasmi untuk antaramuka terbaharu mereka, ColorOS 7 – dijadualkan berlangsung pada 20 November 2019 dalam sebuah acara khas yang berlangsung di Beijing, China.

Maklumat lanjut mengenai penambahbaikan pada ColourOS7 masih belum didedahkan – namun ia dijangka menyertakan sejumlah kemas kini menarik termasuk mod gelap, mod berfokuskan kepada permainan mudah alih dan peningkatan prestasi untuk keseluruhan sistem. Ia juga bakal beroperasi berasaskan Android 10.

OPPO juga dijangka bakal mendedahkan senarai peranti yang akan menerima kemas kini ini pada majlis yang sama – tetapi terdapat sumber mengatakan OPPO Reno 10X Zoom adalah salah satu peranti yang disahkan bakal terima kemas kini terbaru ini. Jadi, sama-sama kita tunggu!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here