Smartphone OPPO Korang Rosak? Jom Repair Di OPPO Service Center & Dapatkan Diskaun Menarik!

323
- Iklan -

OPPO nampaknya tidak pernah lelah memberi yang terbaik buat penggunanya. Kini, OPPO menganjurkan satu lagi promosi menarik di mana menawarkan diskaun menarik buat pengguna OPPO siri Reno dan F yang membaiki peranti mereka di OPPO Service Center. Bagi yang berminat, promosi berlangsung bermula sekarang – 30 November 2019 di OPPO Service Center seluruh Malaysia. Pelbagai jenis perkhidmatan tersedia khas buat pengguna OPPO termasuk :

 

  • 1 Hour Flash Fix Service

OPPO 1 Hours Flash Fix Service menyediakan perkhidmatan baik pulih dalam masa satu jam tanpa sebarang bayaran – kecuali peranti tersebut memerlukan penggantian bahagian dalaman yang baru. Pun begitu, OPPO tetap menyediakan perkhidmatan baik pulih secara percuma hanya untuk peranti yang masih dalam tempoh jaminan – kecuali kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian. Sekiranya proses membaik pulih melebihi masa yang dijanjikan – OPPO akan memberikan hadiah menarik sebagai pampasan.

  • OPPO Service APP

Semua perkhidmatan dan aktiviti boleh dijejak menerusi OPPO Service App. Menerusinya, pengguna boleh membuat temu janji perkhidmatan atau mencari pusat perkhidmatan yang terdekat sekiranya bekeinginan melawat kedai fizikal. Selain itu, ia juga memudahkan pengguna melihat harga ganti rugi bagi menganggarkan kos penambahbaikan.

 

  • International Warranty Service

Melalui jaminan tanpa sempadan ini, pengguna boleh mengakses perkhidmatan pembaikan dan naik taraf peranti tidak kira di mana mereka berada. Wwaranti ini didatangkan bersama-sama pembelian OPPO Reno 10x zoom, OPPO Reno FC Barcelona Edition dan OPPO Find X bagi mengurangkan keperluan pembelian tambahan.

Jadi, korang tunggu apa lagi? Kunjungi OPPO Service Center berdekatan korang! Maklumat lanjut layati OPPO Malaysia dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here