Siapa Pemenang Kamera Peranti Pintar Terbaik 2019? Semak Senarai Dari DXOMark!

3121
- Iklan -

Tahun 2019 bakal menutup tirai, dalam setahun ini dilihat pengeluar peranti pintar tidak berhenti dalam mengeluarkan peranti berkuasa tinggi terutamanya keupayaan kamera yang sangat tip top.

DXOMark yang terkenal dengan penguji prestasi kamera di dunia, kini telah mengumumkan senarai pemenang kamera peranti pintar terbaik pada 2019 mengikut kategori tertentu. Siapakah mereka dalam senarai tersebut, jom semak!

Kategori Kamera Terbaik (Keseluruhan): HUAWEI Mate 30 Pro / Xiaomi CC9 Pro Premium Edition

Seperti yang diketahui ramai, HUAWEI Mate 30 Pro dan Xiaomi CC9 Pro Premium Edition adalah peranti yang menduduki tempat pertama dengan skor setinggi 121 mata. Secara keseluruhannya, kedua-dua peranti ini mempunyai keupayaan kamera yang sangat baik dan sesuai menjadi pilihan kaki fotografi.

 

Kategori Rakaman Video Terbaik: iPhone 11 Pro Max

Prestasi iPhone 11 Pro Max dalam rakaman video adalah yang terbaik mengikut pilihan DXOMark, walaupun mencapai skor yang sama dengan Xiaomi CC9 Pro Premium Edition iaitu 102 mata.

 

Kategori Zum Terbaik: Xiaomi CC9 Pro Premium Edition

Xiaomi CC9 Pro Premium Edition bukan sahaja menjadi peranti terbaik dalam keseluruhan, ia juga dikategorikan peranti berkeupayaan zum yang terbaik dengan skor 109 mata.

 

Kategori Kamera Ultra Wide Angle Terbaik: Samsung Galaxy Note 10+ 5G

Samsung Galaxy Note 10+ menjadi pemenang dalam kategori ini disebabkan ia mampu menghasilkan gambar ultra wide angle yang seimbang dari segi warna, tambahan ia mengawal distortion dengan baik sekali.

 

Kategori Kamera Mod Malam Terbaik: HUAWEI Mate 30 Pro

Banyak sangat peranti pintar yang mampu menghasilkan gambar mod malam yang menarik, namun HUAWEI Mate 30 Pro adalah yang terbaik dalam kategori ini. Hasil gambar malam dari lensa ini cukup baik dengan noise yang kurang.

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here