- Iklan -

Pernah tak korang mengalami situasi di mana korang perlu melakukan tugasan menggunakan komputer tetapi susah nak buat sebab skrin ada 1 satu sahaja!!! Jadi ASUS telah menghasilkan produk yang inovatif yang mana ia tampil dengan 2 skrin iaitu ZenBook Duo dan ZenBook Pro Duo. Tapi bagus sangat ker? Ke hanya sekadar gimik? Apa pun jom kita tengok sendiri!!!

 

Rekaan Yang Serius Mengoda!!!

Kalau korang tengok sahaja komputer riba ini, pastinya membuatkan anda terpana dengan keseksian dan nilai eksklusif pada rekaannya.

kemasan spun-metal dan logo ASUS yang tampil dengan Zen-inspired concentric circles di bahagian belakang membuatkan ia tampak mewah. Tampil dengan warna yang sangat rare dan mempersona iaitu Celestrial Blue membuat korang rambang mata kalau melihatnya.

ZenBook Duo dan Pro Duo ini tampil dengan rekaan eksklusif khususnya dari segi ergonomicnya. Setiap kali komputer riba ini dibuka, ia akan terangkat sedikit bagi memberikan keselesaan penggunaan dan aliran udara yang lebih baik. Mungkin tidak biasa pada mulanya, tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa juga.

Sungguhpun ia nampak sama dari luaran, tetapi ia ada sedikit perbezaan dari segi rekaan. Selain daripada saiz skrin yang berbeza, ZenBook Pro Duo tampil dengan skrin utama yang tampil dengan fungsi skrin sesentuh dan tampil dengan NumberPad.

Namun ZenBook Duo tidak dihadirkan dengan dua fungsi ini.

 

Dua Paparan Buat Korang Tak Tenteram!!!

Kedua-dua peranti ini tampil dengan paparan yang comfirm boleh buat korang cair. ZenBook Duo ini hadir dengan saiz paparan utama 14″ FHD manakala bagi Screenpad Plus pula tampil dengan 12.6″!! Ia hadir dengan pengesahan Pantone yang mana memberikan warna yang lebih tepat dengan 100% sRGB gamut warna!!!

Bagi ZenBook Pro Duo pula, ia hadir dengan 15.6″ 4K UHD OLED HDR yang sangat mempersonakan.Apa yang best jugak pasal paparan dia adalah bezel dia yang sangat nipis. Lepas ini paparan dia memang penuh giler!!! Nak lagi best? ScreenPad Plus iaitu skrin kedua pada peranti ini turut tampil dengan 4K!!!

Setelah menggunakan kedua-dua peranti ini, anda akan dapat lihat warna yang terhasil pada paparan ini memang terbaik lebih terang, lebih jelas dan sangat vibrant warna dia macam real life tau!!

 

Pemproses Yang Berdesup Kencang!

Dua skrin pun dah cukup power, namun ASUS tak berhenti disitu apabila ia turut menyertakan pemproses yang sangat power yang boleh buat korang terpelanting!!!

ZenBook Duo bukan kaleng-kaleng spesifikasinya tau! Tampil dengan Intel Core i5-10210U dan dipadankan dengan sistem memori 8GB dan storan PCIEG3x2 NVME 512GB M.2 SSD. Ia turut disertakan dengan NVIDIA GeForce MX250 juga mampu memberikan grafik yang not bad tau!!! Jadi nak multi tasking tak ada masalah laa.. Smooth jer!!!

ZenBook Pro Duo pun memang power jugak tau! Hadir dengan Intel Core i7-9750H. Ia turut dihadirkan dengan sistem memori 32GB dan storan PCIEG3x4 NVME 1TB M.2 SSD dan dipadankan dengan kad grafik yang memang Onz giler iaitu NVIDIA GeForce RTX 2060 yang memberikan kesan grafik yang memang tip top.

Kalau korang jenis yang content creator ker, ataupun yang terlibat dengan editorial ker yang memerlukan korang multitasking sangat sesuai. Korang boleh buka YouTube untuk belajar tutorial sambil-sambil tu korang boleh Multitask buat benda lain dekat ScreenPad Plus dia.

Serius smooth tak ada lag. Tak percaya? Tengok la keputusan ujian ke atas kedua-dua peranti ini!!

Keputusan Ujian ZenBook Duo

 

Keputusan Ujian ZenBook Pro Duo

 

ScreenPad Plus Pelengkap Kekuasaan!!!

Skrin kedua bagi kedua-dua ZenBook ini dikenali sebagai ScreenPad Plus yang mana ia sangat berfungsi untuk melakukan multitasking!!

Launcher giler perform! Korang boleh nak launch aplikasi yang korang selalu guna. Korang boleh menambah apps dari main screen ke Launcher ini!

Tampil juga dengan keyboard Lock yang mana anda tidak akan tertekan papan kekunci ketika melukis atau sedang melakukan editing.

Nak combine skrin ini dengan skrin utama supaya paparan korang jadi lebih luas pun boleh tau menerusi ViewMax!! Memang serius puas giler!!!

 

Sistem Bunyi Memang Padoks Giler!!

Kalau korang nak tau, ZenBook Duo dan ZenBook Pro Duo ini tampil dengan sistem bunyi yang memang terbaik sebab ia dapat pensijilan daripada Harmon Kardon dan disertakan dengan teknologi ASUS Sonic Master Premium audio. Patutla bunyi kuat, jelas dan enak untuk didengar.  Korang tak percaya? Korang dengarlah sendiri!!!

 

Best Giler Guna Stylus Support 

Nak memudahkan lagi kerja-kerja editing korang tu, ia disertakan Stylus Support yang sangat accurate yang mampu membantu anda untuk multitask jugak!!

 

Bateri Yang Memang Nice!!!!

Kedua-dua komputer riba ini memang power giler!! Tapi power ke baterinya?? Kami melakukan ujian pengecasan ke atas komputer riba ini nak tengok berdesup atau tidak.

ZenBook Duo mengambil masa hanya selama 2 jam 26 minit ketika bateri berada pada 4%.

ZenBook Pro Duo pula mengambil masa hanya selama 2 jam 12 minit ketika bateri berada pada 11%.

 

Apa Kata Editor!!!

Secara keseluruhan, kedua-dua peranti ini memang multitask dan memang power giler!!! Jadi korang boleh buat macam-macam perkara serentak!!! So lepas ini, korang tak ada la kasi alasan tak cukup masa la kan sebab ia mampu menjimatkan masa anda. So, berbaloi giler untuk korang membelinya!!

Bagi yang nak beli peranti ini, boleh beli pada harga seperti berikut:

ZenBook Pro Duo

  • UX581 (i7) – RM12,999
  • UX581 (i9) – RM15,999

ZenBook Duo

  • UX481 (i5) – RM4,699
  • UX481 (i7) – RM5,699

___________________

Artikel Berkaitan:

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here