- Iklan -

Tidak dapat dinafikan lagi, peranti terbaharu  HUAWEI Mate 30 Pro ini seringkali diperkatakan orang ramai dari rekaan sehinggalah ke kameranya. Tidak hairanlah apabila kameranya dikatakan antara yang terbaik di pasaran pada ketika ini. Betul ke? Korang tengok la sendiri!!!

 

Dapat Try Selama 24 Jam Di Munich!!!

Saya berkesempatan mencuba telefon ini ketika berada di Munich bersempena pelancaran peranti ini. Selama 24 jam saya menggunakan peranti ini, membuatkan saya terkesima melihat hasil gambarnya tidak kira dalam situasi terang, kurang cahaya atau dalam keadaan sesak sekalipun, hasilnya tetap TIP TOP!!

Masa tu memang dah tak sabar dah nak try guna kamera HUAWEI Mate 30 Pro sepenuhnya!!! Berikut adalah hasil gambar:

 

Spesifikasi Ringkas HUAWEI Mate 30 Pro

  • 6.53″ OLED FHD+
  • EMUI10 (Berdasarkan Android 10)
  • HUAWEI Kirin 990
  • Mali-G76
  • 8GB RAM + 128GB ROM
  • Kamera Belakang: 40MP + 40MP + 8MP + 3D Depth Sensing
  • Kamera Hadapan: 32MP
  • Bateri: 4,500 mAh (HUAWEI SuperCharge 40W)
  • Warna: Space Silver & hitam

 

Rekaan Yang Seksi Giler!!

Sekali tengok boleh terpana melihat kecantikannya. Dengan skrin yang melengkung dan tanpa butang fizikal, membuatkan ia tampak kelihatan sangat seksi. Memang terliur kalau anda melihatnya!!! Tak percaya? Korang tengok sendiri!

 

40MP Cine Camera Buat Anda Tidak Percaya!!!

Ini antara yang best mengenai peranti ini, apabila korang boleh mengambil gambar dalam situasi ‘low light’ dengan sangat cantik. Perincian dan pencahayaan yang terhasil menzahirkan gambar yang sangat baik. Gambar tampak lebih natural!! Dan ia lebih terang namun tidak keterlaluan. Tak percaya? Try usha gambar ini!!

 

40MP Super Sensing Beri Rakaman Terbaik!

Korang mesti mahukan gambar yang menghasilkan perincian yang baik kerana perincian ini penting dalam menyajikan kepada anda mutu kualiti yang terbaik. Menerusi lensa HUAWEI Mate 30 Pro ini, perincian yang terhasil sangat tepat, dengan warna yang sangat vibrant membuatkan anda ketagihlah untuk mengambil gambar.

 

Merakam Sejauh Mata Memandang Menerusi Lensa 8MP Telephoto

HUAWEI Mate 30 Pro ini, seperti yang diketahui mampu merakam dari jarak yang sangat jauh tanpa mengabaikan kualiti serta perincian hasil gambar tersebut. Hadir dengan 3x Optical Zoom, 5x Hybrid Zoom dan sehingga 30x Digital Zoom.

Apa yang penting, sungguhpun anda zoom jauh, namun kualiti gambar masih dalam keadaan baik.  Masih tak percaya? Korang hadap la hasil gambar ini!!

 

Rakam Potret Profesional Menerusi 3D Depth Sensing

Kadang-kala Bokeh yang terhasil pada peranti pintar di pasaran tampak tidak natural dan tidak kemas. Tetapi menerusi lensa 3D Depth Sensing ini, kualiti Bokeh terhasil sangat baik dan lebih natural. Bokeh yang terhasil turut tidak keterlaluan dan tidak nampak ‘fake’.  Apa yang lebih penting, ia lebih mudah untuk digunakan.

 

Gambar Makanan Buat Anda Kelaparan!

Disebabkan perincian dan warna yang terhasil, rakaman makanan yang dirakam sangat menyelerakan. Dah boleh terus upload di Instagram tanpa perlu edit kerana ia amat menyelerakan. Comfirm kawan-kawan anda cemburu giler!

 

Rakaman Video Buat Anda Tidak Senang Duduk!

Kalau korang nak merakam seperti videografer profesional, HUAWEI Mate 30 Pro ini adalah antara yang boleh anda gunakan. kestabilan ketika merakam walaupun dalam keadaan yang bergerak sangat WOWWW!!!

Warna yang terhasil serta ketepatan dan tanpa lag walaupun pada kualiti yang sangat tinggi. Sungguhpun merakam pada situasi low light, ia tidak mengecewakan kerana hasilnya sangat amazing!!! Memang berbaloi!!!

 

Slow-Mo Memang perform Giler!!!

Rakaman Slow- Mo pada HUAWEI Mate 30 Pro memang slow giler laa bro!!!! Serius!!! Dia mampu merakam pada kadar 256x. Jadi tidak hairanlah ia mampu merakam pada detik yang sangat perlahan sehingga berjaya merakam setiap perincian yang ada. Memang tak boleh kata apalah, memang terbaik!!!

 

Apa Kata Editor!

Setelah dibedah, HUAWEI Mate 30 Pro ini tidak dapat disangkal lagi antara peranti yang hadir dengan kamera terbaik. Tak perlu nak beli DSLR sedangkan anda boleh menggunakan kamera HUAWEI Mate 30 Pro yang sangat luar biasa. Tidak rugi kalau anda ingin membelinya kerana anda tidak akan terlepas merakam setiap detik indah.

Harga Jualan

  • HUAWEI Mate 30 (8GB+128GB) – RM2,799
  • HUAWEI Mate 30 Pro (8GB+256GB) – RM3,899

Beli Peranti HUAWEI Di Sini:

__________________________

Artikel berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here