Reka Bentuk HUAWEI nova 6 SE Tertiris?! Serupa iPhone?!

1043
- Iklan -

Tarikh perasmian siri HUAWEI nova 6 telahpun ditetapkan pada 5 Disember nanti, menerusi spesifikasi yang dikongsikan sebelum ini jelas memperlihatkan peningkatan yang banyak termasuk sokongan rangkaian 5G, cip pemproses Kirin 990, 12GB RAM, bateri 4,000mAh dan teknologi 40W pengecasan pantas.

Terkini model nova 6 SE pula tertiris di laman sesawang, dengan reka bentuk yang seakan Mate 20 di mana kamera berbentuk segi empat disediakan pada panel belakang. Namun, ia kelihatan lebih kepada rekaan siri iPhone 11.

Macam mana pula kamera swafoto? Ia diletakkan pada takuk kecil paparan skrin penuh di bahagian sisi kiri atas, spesifikasi lain yang hadir bersama termasuk cip pemproses Kirin 810 dan pengecasan pantas 40W HUAWEI SuperCharge. Adakah ini rekaan sebenar bagi varian ini? Masih tidak diketahui lagi, nantikan berita lebih lanjut dari kami ya.

[ HUAWEI Nova 6 5G Muncul Di Penanda Aras Geekbench – Sokong Kirin 990 + 8GB RAM? ]

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here