PUBG Mobile Club Open 2019 SEA Championship Tutup Tirai – RRQ Athena Cipta Sejarah Dengan vivo V17 Pro!

299
- Iklan -

PUBG Mobile Club Open 2019 SEA Championship (PMCO-SEA) akhirnya melabuhkan tirai dengan kemenangan berpihak kepada RRQ Athena sebagai juara – berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak 35,000 USD (kira-kira RM1,44,746). Tempat kedua berjaya dirangkul oleh ILLUMINATE THE MURDER di mana berjaya mendapat tiket untuk ke peringkat Global Final. Seterusnya, pasukan MEGA CONQUEROR, BIGETRON dan ORANGE.ESPORTS, CG pula berjaya memperoleh slot untuk pemilihan ke PMCO Global Finals.

Selepas dua hari perlawanan di BO7, RRQ Athena berjaya mengumpul markah sebanyak 211 mata! RRQ Athena dan ILLUMINATE the Murderer berjaya ke peringkat PMCO Global Final yang bakal berlangsung pada 29 November – 1 Disember 2019 di PUTRA WORLD TRADE CENTER. Lebih menarik, acara tersebut bakal diserikan lagi dengan kehadiran YOODO GANK sebagai tetamu jemputan.

PMCO-SEA dianjurkan oleh Tencent dengan kerjasama PUBG Corporation dan vivo sebagai penaja utama. Vivo V17 Pro adalah peranti rasmi untuk acara kali ini – dengan bantuan vivo V17 Pro, para pemain berjaya meningkatkan tahap permaianan dengan lancar.

V17 Pro dilengkapi dengan Game Mode yang dioptimumkan untuk pengalaman permainan yang luar biasa. Peranti ini juga diselitkan dengan teknogi Multi Turbo yang dinaik taraf bagi memastikan pengguna dapat menikmati permainan pada tahap yang terbaik! Tidak ketinggalan, V17 Pro juga dilengkapi “voice changer” yang boleh menukar pelbagai sura bagi menyamai watak – watak dalam permainan.

Beli vivo V17 Pro? Shopee | Lazada

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here