Peranti Boleh Lipat Klasik Motorola Razr Kembali – Kini Lebih Futuristik Dengan Paparan Flexible

1076
- Iklan -

Legenda kembali lagi!

Peranti boleh lipat dari jenama Motorola menjadi perbualan hangat pada ketika ia dilancarkan awal tahun millennium, rekaan kerangka yang premium cukup melambangkan status kekayaan bagi sesiapa yang memilikinya.

Kini legenda kembali dengan penampilan Motorola Razr, sebuah peranti lipat beroperasi Android yang lebih pintar dan tampil futuristik pada skrin yang boleh dilipat. Motorola Razr 2019 hadir dengan dua paparan, yang mana skrin utama boleh lipat bersaiz 6.2” pOLED dengan nisbah 21:9, manakala skrin kedua pada bahagian luar bersaiz 2.7” OLED.

Dalamannya dipadankan dengan cip pemproses Snapdragon 710, 6GB RAM dan 128GB ROM, sokongan Android 9 Pie, serta bateri berkapasiti 2510mAh yang turut serta dengan sokongan pengecasan pantas 15W TurboPower.

Bahagian kamera menggunakan 16MP lensa utama dan 5MP lensa swafoto, ditawarkan pada harga $1499 (~RM6231) mulai Disember di Amerika Syarikat.

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here