Peranti Berkapasiti 5,000mAh vivo Y19 Kini Berharga RM949 – Pra-Tempahan Sehingga 29 November Dengan Hadiah Misteri

396
- Iklan -

Peranti berkapasiti besar 5,000mAh iaitu vivo Y19 kini sudah menerima pra-tempahan di pasaran tempatan dengan tawaran harga RM949, anda boleh dapatkan melalui beberapa saluran antaranya kedai konsep vivo terpilih, pengedar sah vivo, rakan e-dagang sepert Lazada, Shopee dan vivo Store.

Pembelian secara pra-tempahan akan tamat pada 29 November 2019, dan ia disertakan sekali dengan hadiah misteri dari vivo.

vivo Y19 yang tersedia dalam 2 pilihan warna iaitu Black dan Morning Dew White ini merupakan peranti kelas pertengahan yang hadir dengan sebilangan spesifikasi tidak kurang hebatnya, antaranya paparan skrin Halo FullView 6.53” Full HD+, cip pemproses MediaTek Helio P65, 6GB RAM dan 128GB ROM, serta beroperasi di bawah FunTouch OS 9.2.

Bahagian kamera disediakan kombinasi tri-lensa yang terdiri daripada 16MP + 8MP + 2MP, bersama kamera swafoto 16MP yang berada pada takuk kecil skrin hadapan.

Y19 juga menyokong pengecasan pantas Dual Engine Fast Charging 18W, tambahan menarik lagi badan berkapasiti 5,000mAh ini juga boleh dijadikan sebagai power bank dengan adanya kabel OTG.

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here