Pengguna Peranti Samsung Boleh Nikmati YouTube Premium Secara PERCUMA Sehingga 4 Bulan

641
- Iklan -

YouTube baru sahaja mengumumkan YouTube Music dan YouTube Premium bagi pasaran tempatan, kini ada berita baik dari Samsung Malaysia khas pengguna Galaxy!

Jika anda membeli dan mengaktifkan peranti Galaxy mereka mulai 19 Februari 2019 hingga 29 Februari 2020, layak mendapatkan langganan YouTube Premium secara PERCUMA sehingga 4 bulan.

Dengan YouTube Premium, kini anda boleh menikmati video kegemaran tanpa gangguan iklan dan boleh memuat turun Video YouTube untuk ditonton kemudian. Lebih-lebih lagi, anda juga dapat memainkan video di latar belakang peranti Samsung Galaxy apabila skrin dikunci atau sedang melakukan kerja multitasking.

PERCUMA 4 Bulan YouTube Premium

 

Untuk Galaxy S10e | S10 | S10+, Galaxy Note10 | 10+, Galaxy Tab S5e, Galaxy Tab S6
PERCUMA 2 Bulan YouTube Premium

 

Untuk semua peranti Galaxy yang dibeli dan diaktifkan selepas 19 Februari 2019 ~ 29 Februari 2020

 

Bagaimana menebus tawaran YouTube Premium dari Samsung?

  • Buka aplikasi YouTube di Samsung Galaxy anda, masuk ke Account.
  • Klik Get YouTube Premium
  • Klik Try it For Free dan lengkapkan semua langkah-langkah seterusnya untuk mulakan langganan PERCUMA tanpa gangguan.

Maklumat lanjut tawaran Samsung ini, boleh layari PAUTAN ini.

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here