Penanda Aras Baru! Shopee Catat Pencapaian Terbaik – Lebih 70 Juta Barangan Terjual Pada 11.11!

397
- Iklan -

Shopee nampaknya melabuhkan tirai kempen Shopee Big Sale 11.11 dengan jayanya setelah berjaya mencatatkan 2 pencapaian terbaik termasuk, lebih 70 juta barangan terjual pada 11.11 dan 3 kali lebih banyak pesanan dicatatkan pada jam pertama berbanding pada tahun lepas.  Shopee Big Sale 11.11 telah membawakan pelbagai promosi dan hiburan tanpa henti selama tiga minggu – termasuk perkhidmatan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM11!

Di samping itu, jenama dan penjual juga menyaksikan peningkatan cukup ketara dalam jualan mereka – antara jenama berprestasi tinggi termasuk Tefal, Skechers, dan Acer di mana masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 3,408, 2,870, dan 1,743 kali untuk pesanan produk. Tidak ketinggalan, KFC juga dikatakan merekodkan jualan yang baik dengan jumlah pesanan tertinggi untuk kategori F&B.

Selain itu, pesanan untuk alatan mudah alih dan peranti juga dilihat mencatatkan yang mana meraih jumlah carian lebih 2.9 juta kali. Dalam pada itu, barangan kesihatan dan keperluan rumah juga mencatatkan peratusan jualan yang amat memberangsangkan.

 

Shopee Berbakti Kepada Masyarakat Menerusi 11.11 Big Sale Di Malaysia

Dalam usaha sulungnya untuk mengendalikan inisiatif kebajikan, Shopee sukacita mengumumkan kejayaannya di mana berjaya mengumpul sebanyak RM114,170 untuk #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge dalam hanya tiga minggu.

Justeru, Shopee mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang dan menyokong. Shopee amat menghargai sokongan berterusan daripada semua pihak dan menjanjikan sesuatu yang istimewa untuk mereikan ulang tahun mereka yang akan datang – 12.12 Birthday Sale

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here