Pelancaran Maxis TV Bersama Pas VOD – Pilihan Fleksibel Hanya Dari RM3/Hari

433
- Iklan -

Maxis telah melancarkan MaxisTV, sebuah perkhidmatan hiburan video yang menawarkan kandungan video premium dari filem ke rancangan TV pada harga berpatutan dan fleksibel melalui aplikasi MyMaxis (Android / iOS), Hotlink RED (Android / iOS) dan Hotlink Flex (Android / iOS).

Pas VOD (Video-On-Demand) bermula dari RM3/sehari disertai dengan data dan pilihan kandungan termasuk Hollywood, Korea, India, Cina, Indonesia dan Melayu. Pembelian pas VOD Maxis TV sangat mudah, akan mengenakan caj ke bil Maxis atau kredit Hotlink anda.

Susulan pelancaran ini, Maxis telah bekerjasama dengan penyedia kandungan terbaik di dunia seperti iFlix, Viu, Mubi, Netflix, YuppTV dan banyak lagi bagi menawarkan perkhidmatan ini kepada pelanggannya.

Pilihan Pas VOD:
Pas 1 Hari Pas 7 Hari Pas 30 Hari
RM3/pas
Langganan + 3GB Data Percuma (1 hari)
RM7/pas
Langganan + 5GB Data Percuma (7 hari)
RM15/pas
Langganan + 10GB Data Percuma (30 hari)

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here