Malaysia, Sony Interactive Entertainment Bekerjasama Tubuh Studio Pembangunan Permainan Video

641
- Iklan -

Sering penutupan majlis Level Up KL sebentar tadi, Menteri Komunikasi Dan Multimedia iaitu YB Tuan Gobind Singh Deo mengumumkan kerjasama dengan Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios (SIE WWS) bagi menubuhkan studio pembangunan permainan video di Malaysia.

Penubuhan studio ini bagi mewujudkan lebih banyak peluang dalam industri permainan tempatan dan serantau. Melalui kerjasama ini juga, Malaysia dan Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios akan bergabung tenaga memastikan pertubuhan industri permainan akan terus disokong.

Dalam pada itu, ia juga dikatakan bakal menghasilkan animasi serta seni bagi permainan sekaligus membangunkan permainan secara eksklusif untuk playstation.

Sejak 20 tahun lalu, Malaysia telah berjaya membina industri Digital Creative Content tempatan – dengan mewujudkan 149 tajuk IP, menghasilkan pendapatan mencecah RM7.6 bilion dan jualan eksport sebanyak 1.3 bilion dengan jangkauan global ke lebih 120 negara.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here