Suka main game tapi rangkaian di rumah tidak sekuat di cyber café? Apa yang boleh korang lakukan ya? Haah… Linksys MR8300 Tri-Band Mesh Gaming Router mesti dapat memenuhi permintaan korang yang mahukan permainan mudah alih lebih lancar, di samping pengalaman hiburan 4K di kediaman korang.
Apa tu? MR8300 adalah penghala (router) berprestasi tinggi yang mampu menyampaikan kelajuan sehingga 2.2Gbps, sangat sesuai untuk kediaman korang yang memerlukan rangkaian Internet lebih kukuh bagi aktiviti hiburan serta permainan mudah alih.
Penghala ini dikuasakan oleh pemproses 716MHz Quad-core, yang mana ia mampu meningkatkan prestasi rangkaian keseluruhan secara lebih pantas sama ada berwayar, tanpa wayar dan kelajuan WAN kepada LAN.
Aahaaa… sampai sini sahaja dah teruja dengan router ni kan?! Ada lagi yang best! Ia boleh mencapai purata masa ping (rangkaian kependaman) 7.3ms lebih rendah berbanding penghala yang lain.
Bermakna korang boleh bermain permainan mudah alih dengan lancar sekali tanpa merisaukan Internet terganggu, sekaligus menjejaskan grafik permainan, walaupun mempunyai ramai pengguna yang disambungkan kepada rangkaian WiFi yang sama.
Sokongan MU-MIMO dan teknologi Beamforming juga bertujuan memastikan bahawa peranti berprestasi tinggi seperti TV pintar, komputer riba dan peranti pintar boleh sambung ke Internet melalui saluran WiFi yang diperuntukkan dan pantas.
Penghala Linksys MR8300 dihasilkan dengan Teknologi Linksys Intelligent Mesh dan anda mempunyai fleksibiliti untuk meningkatkan liputan WiFi di dalam kediaman, hanya dengan menambah nod Velop™ ke dalam sistem. Kan mudah!
Ciri-ciri menarik:
- Atur-Sendiri – MR8300 dan nod Velop™ bekerjasama untuk menampung mana-mana pelan bangunan dan jejak WiFi
- Optimum-Sendiri – Frekuensi WiFi dan saluran disesuaikan berdasarkan tabiat WiFi anda
- Pulih-Sendiri – Jika nod kehilangan kuasa atau sambungan kepada sistem, nod selebihnya mewujudkan semula sambungan kepada satu sama lain dan Internet
- Satu Jaringan – Menyokong satu nama rangkaian dan kata laluan, satu login admin, satu antara muka untuk pengurusan dan pemantauan, dan satu rangkaian tetamu untuk seisi rumah
- Perayauan Lancar bagi permainan keseluruhan kediaman – Apabila anda menambah satu atau lebih nod Velop™ kepada MR8300, ia akan berkomunikasi di antara satu sama lain untuk membentuk rangkaian wayarles bersatu tunggal.
Harga & Ketersediaan
MR8300 Max-Stream Tri-Band Gaming Mesh WiFi AC2200 Router kini boleh didapati pada harga jualan RM799, layari laman rasmi Linksys untuk maklumat selanjutnya.
Spesifikasi | |
Tri-Band AC2200 |
|
Pemproses & Memori |
|
Sambungan WAN & LAN
|
5 Gigabit Ethernet Ports
|
Keselamatan |
|
Integrasi Wtfast
(6 bulan akses Premium) |
|
Linksys Shield
|
|
**Jangan lupa sertai peraduan eRing x LINKSYS MR8300 GAMING ROUTER >> FB Giveaway
_________________
BACA JUGA:
[ Tutorial ] Linksys Velop – Menjamin Rangkaian WiFi Stabil Di Mana-Mana Sahaja!