LEVEL UP KL BIZ 2019 Buka Tirai – Persidangan Pembangunan Permainan Serantau Utama Negara

317
- Iklan -

Malaysia kini terus mengorak langkah dalam memperkasakan hala tuju dalam industri permainan mudah alih dengan LEVEL UP KL BIZ 2019. Menyatukan pembangun permainan mudah alih antarabangsa dan lokal di bawah satu bumbung – majlis ini juga merupakan platform pelancaran pelbagai pengumuman industri permainan untuk rantau ini. Ia termasuk pemaju terkenal dunia seperti Larian Studios, Streamline Media Group, Kurechii dan Media Prima – di mana mereka berkongsi maklumat dan pencapaian terkini.

Larian Studios berpendapat Malaysia adalah lokasi yang paling dicari untuk industri permainan ketika ia mengumumkan rancangan pengembangannya untuk Asia Tenggara. Ia akan memulakan usaha ini dengan Malaysia dengan rancangan untuk melibatkan bakat tempatan dan memasukkan mereka dalam pelbagai perkembangan projek permainan.

Seterusnya, Streamline Media Group juga menyediakan kemas kini terkini untuk permainan akan datang – Bake ‘n Switch. Ia termasuk akses awal untuk Steam dan pencapaian terbaru mereka memenangi tiga anugerah – Game of the Year, Outstanding Gameplay, and Visual Excellence di majlis International Game Development Showcase.

Pada masa sama, Streamline Media Group juga mengumumkan jenama baru, Day Zero. Pasukan baru ini akan bekerjasama rapat dengan bahagian-bahagian Streamline lain untuk membina pelbagai produk permainan pada masa yang sama sambil menawarkan perkhidmatan kepada industri permainan global.

Di samping itu, Kurechii dan Media Prima berkongsi pencapaian terkini mereka. Kurechii mengumumkan kemajuan terbaru mereka sebagai pemaju permainan – menerbitkan Kings League II yang diperbaharui di Apple Arcade. Ini adalah yang pertama di Malaysia.

Media Prima juga melancarkan semula newsportal permainan popular, IGN Southeast Asia dengan strategi kandungan yang diperbaharui, lebih berfokus pada e-sport dan output pengeluaran multimedia yang lebih kaya.

Sebagai susulan kepada LEVEL UP KL BIZ 2019, LEVEL UP KL PLAY 2019 juga bakal membuka tirai pada 9 dan 10 November 2019. Acara yang berlangsung selama dua hari ini bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik – termasuk liga suka, konsert, permainan video dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi LEVEL UP KL PLAY.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here