Lazada 11.11 Shopping Festival Kembali Dengan 16 Jenama Eksklusif & Tawaran Penuh Penjimatan Berganda!

404
- Iklan -

Lazada 11.11 Shopping Festival kembali lagi dengan 16 jenama antarabangsa dan tempatan yang menjadikan Lazada Malaysia sebagai pilihan platform eDagang eksklusif mereka. Kempen kali ini diserikan lagi dengan acara Super Show 11.11 pada 10 November yang menampilkan kumpulan K-pop terkenal, Apink serta barisan artis tempatan dan antarabangsa akan beraksi secara langsung.

Sepanjang kempen ini, orang ramai berpeluang menikmati tawaran menarik penuh penjimatan dengan rebat tunai Lazada Wallet, tawaran Mesti Beli, menempah barangan dengan harga tawaran Chup Dulu dan pelbagai lagi aktiviti hebat yang lain untuk pengalaman membeli-belah sambil berhibur.

Gunakan Lazada Wallet untuk pembelian lebih lancar, lebih ganjaran dan rebat pulangan tunai! Dengan lebih banyak pengguna memilih mod pembayaran tanpa tunai, Lazada Wallet menawarkan:

  • 100% pulangan tunai untuk 111 pengguna pertama yang menambah nilai sebanyak RM111 dari 1 – 6 November.
  • Peluang untuk memenangi kredit Lazada Wallet sehingga RM111 apabila anda menambah nilai di antara 7 hingga 10 November dan belanja pada 11.11

Dalam pada itu, Lazada juga membawakan lebih banyak mod pembayaran tanpa tunai iaitu Touch ‘n Go eWallet serta perkenalan kad kredit Lazada – Citibank. Nikmati :

  • Potongan RM 11 untuk pembelian minimum RM100 di Lazada pada 11.11 untuk pembayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet.
  • 10 kali mata ganjaran untuk tambah nilai Lazada Wallet dan pembelian di Lazada untuk pemegang kad kredit Lazada – Citibank

APA YANG MENARIK?

[ GUESS IT! King (4 November dari jam 7 malam ke 11 malam) ]

Pada 11.11 ini korang berpeluang sertai edisi pertama GUESS IT! King – rancangan permainan secara langsung terus menerus selama 4 jam, menampilkan personaliti tanah air seperti Sean Lee, Nabil Aqil, Theebaan G, Adibah Noor dan Emma Maembong pada 4 November ini bermula jam 7 malam hingga 11 malam.

Dengan jumlah hadiah terkumpul bernilai lebih dari RM200,000 untuk dimenangi, pemain yang meneka paling pantas dengan harga paling hampir tepat akan menang. Kongsikan pautan strim kepada rakan rakan dan anda akan menerima ‘Guess Card’ untuk lebih peluang menang.

 

[ Moji-Go ]

Alami permainan pertama Lazada yang menggunakan teknologi pengecaman wajah di aplikasi Lazada! Padan ekspresi muka dengan emoji yang muncul di skrin dan kumpulkan Coin yang boleh ditukarkan kepada baucar. Permainan ini adalah tambahan kepada permainan LazGames sedia ada seperti LazCity Wonderland, Popping Star, Tower, Shop & Match, Target, Popping Balloons, Push Cart, dan Birthday Blast.

 

[ Pra-Tempah dengan Chup Dulu ]

Nikmati tawaran eksklusif dan harga menarik untuk barangan terpilih dengan Chup Dulu. Tempah barangan yang anda inginkan dengan membayar deposit (wang tidak dikembalikan) di aplikasi Lazada pada 10 November 2019 untuk jaminan tempahan barangan. Lengkapkan pembayaran dengan membayar baki pada 11 November 2019 untuk barang yang telah anda pra tempah dan ia akan terus dihantar kepada anda.

 

[ Tawaran Mesti Beli ]

Rujuk kepada panduan Mesti Beli Lazada untuk menikmati barangan dengan harga rendah pada 11.11 ini. Ianya akan menampilkan sejumlah produk daripada pelbagai kategori.

 

[ Lowest Price Guarantee (Jaminan Harga Terendah)]

Nikmati Jaminan Harga Terendah untuk barangan di Lazada. Sekiranya anda terjumpa barang yang serupa, dalam stok, bukan produk promosi dan dijual pada harga yang lebih rendah di kedai dalam talian yang lain; hubungi Lazada dan mereka akan bayar dua kali ganda perbezaan harga! Pastikan anda membuat tuntutan pada 11.11 untuk menikmati jaminan ini.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here