King’s League II Kini Tiba Di Steam!

544
- Iklan -

Sering pembukaan tirai LEVEL UP KL BIZ 2019, Kurechii dengan berbesar hati mengumumkan bahawa permainan terbaharu mereka iaitu King’s League II kini tersedia di Steam! League II pertama kali dilancarkan pada 19 September 2019 dan ia adalah sebahagian daripada permainan pertama di Apple Arcade.

Permainan ini dilihat menerima sambutan menggalakkan daripada banyak pihak dan lebih menatik, ia boleh didapati dalam 16 pilihan bahasa yang berbeza – sekaligus menjadikan permainan ini lebih mudah untuk diakses. Berikut adalah antara ciri-ciri menarik pada King’s League II :

  • Lebih daripada 100 Fighters dengan personaliti yang berbeza
  • Terdapat 60 kelas dengan kemahiran unik untuk dicuba
  • Banyak peningkatan dan penambah baikan – membolehkan pemain berdaya saing
  • Terdapat 16 bahasa berbeza termasuk bahasa Jepun, Rusia, Arab dan banyak lagi
  • Terdapat sokongan untuk pengawal permainan yang popular

King’s League II Links : Steam | Apple Arcade

Sekadar makluman sebagai susulan kepada LEVEL UP KL BIZ 2019, LEVEL UP KL PLAY 2019 juga bakal membuka tirai pada 9 dan 10 November 2019. Acara yang berlangsung selama dua hari ini bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik – termasuk liga suka, konsert, permainan video dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi LEVEL UP KL PLAY.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here