Kedai Fizikal Taobao Terbesar Di Malaysia Kini Rasmi – Tawaran Diskaun Sehingga 50% Sempena Pembukaan Rasmi

477
- Iklan -

Taobao, sebuah platform membeli-belah atas talian yang terkenal di dunia, kini telah membuka kedai fizikal terbesar yang dikenali sebagai Taobao Store by Lumahgo di pusat beli-belah MyTown.

Taobao Store by Lumahgo adalah kerjasama dengan MyTown dan Lumahgo New Retail Sdn Bhd, kedai fizikal ini adalah yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 5,000 kaki persegi. Lebih daripada 1000 produk disediakan, antaranya alat elektronik, produk kecantikan, gaya hidup, perabot, ibu dan bayi dan banyak lagi.

Selain dilengkapi barangan keperluan, ruang permainan kanak-kanak dan kafe turut disediakan supaya pelanggan boleh menikmati satu suasana membeli yang cukup selesa.

Masalah yang sering berlaku pada pembelian atas talian adalah pelanggan tidak dapat mengetahui kualiti barangan, lain pula kedai fizikal ia membolehkan pelanggan mencuba sendiri sebelum membeli.

Sempena perasmian pada hari ini, Taobao turut menawarkan pelbagai promosi hebat, antaranya diskaun sebanyak 50% bagi Xiaomi 65” 4K TV dan barisan produk TMall. Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi Taobao, kemudian imbas kod QR produk dengan PROMOCODE tertentu untuk menikmati tawaran ini, stok terhad tau!

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here