Jom Meriahkan PMCO 2019 Bersama vivo & Menteri Belia dan Sukan Pada 29 November ~ 1 Disember

456
- Iklan -

Acara PUBG MOBILE Club Open (PMCO) 2019 Final Split Global Final bakal menyambut kemeriahan bersama peminat PUBG Mobile dengan adanya kehadiran Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan di Malaysia, bersama James Yang, Pengarah PUBG MOBILE Global esports di Tencent Games.

Menjadi permainan paling hebat di dunia, PMCO 2019 Final Split Global Final yang di taja oleh vivo akan menyaksikan sejumlah 16 pasukan dari pelbagai negara di rantau Asia Tenggara bagi bertarung untuk hadiah bernilai sejumlah USD2.5 juta (~RM10 juta).

Bagi memeriahkan lagi suasana PMCO 2019, persembahan khas dari cosplayers, streamers dan selebriti akan disediakan sepanjang acara pertandingan.

Jika anda peminat tegar PUBG Mobile, jangan terlepas peluang menyokong pasukan kegemaran anda pada 29 November hingga 1 Disember, di PWTC dengan pembelian tiket melalui laman rasmi Proticket (sebelum 1 Disember).

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here