HMS Ecosystem Mampu Memberi Pengalaman Digital Terbaik Kepada Pengguna Menerusi 5G!!!

422
- Iklan -

Pastinya semua tidak sabar menantikan kehadiran 5G yang ternyata memang berdesup laju. Justeru dengan kelahiran 5G ini, HUAWEI kini meneruskan langkah perancangan menggunakan teknologi 5G ini sebaik mungkin pada HUAWEI mobile Services (HMS) bagi memastikan dapat memberikan yang terbaik kepada pengguna.

Menerusi 5G ini, HMS dapat memastikan bahawa mampu memberikan kepuasan kepada pengguna menerusi 3 indikator penting.

Menerusi rangkaian 5G yang digunakan, HUAWEI mampu memberikan persepsi yang lebih baik kepada pengguna. Persepsi ini merangkumi computer vision, NLP, sensor rasa, sensor udara, teknologi robot, dan local decision.

Ia juga mampu memberikan kepintaran yang lebih baik yang mana ia akan memberikan rangkaian, keselamatan data, analisis data dan banyak lagi. Ia sekali gus memberikan kelebihan buat mereka yang melaksanakan gaya hidup yang pantas. Kepantasan memuat turun menerusi AppGallery pada HMS pastinya menjimatkan masa.

Nak tau lagi best, ia turut memberikan sambungan yang lebih baik. Nak muat turun pun tiada masalah sambungan. Dengan ini, pengguna HUAWEI akan menikmati pengalaman yang lebih baik ketika menggunakan peranti-peranti HUAWEI.

Menerusi 5G ini, strategi HUAWEI iaitu 1 + 8 + N iaitu gabungan 1 major portal yang mana mampu menyokong 8 portal dan IoT Ecosystem Partners ini dapat dilaksanakan yang sekaligus memberikan gaya hidup lebih mudah dan terbaik kepada pengguna.

Dengan revolusi teknologi ini, HMS akan memudahkan pengguna yang memerlukan kepantasan rangkaian, revolusi teknologi dan aplikasi serta daya saing dalam pembangunan.

______________________________________

Artikel Berkaitan

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here