HUAWEI Akan Terus Kekalkan Pertumbuhan Yang Kukuh : Lembaga Pengarah

342
- Iklan -

Jenama pengeluar telefon pintar terkenal, HUAWEI akan terus mengekalkan pertumbuhan prestasi pernigaan yang kukuh meskipun tiada bekalan AS dan tidak bergantung pada mana-mana teknologi serta komponen AS untuk 5G.

Dalam satu kenyataan memetik Reuters, Pengarah Eksekutif Lembaga Pengarah, William Xu berkata jika Amerika Syarikat boleh terus menyediakan HUAWEI dengan komponen maka pihaknya pasti akan mengalu-alukan. Tetapi jika tidak, HUAWEI akan terus mengekalkan pertumbuhan perniagaan yang mantap.

Terdahulu, Setiausaha Perdagangan AS Wilbur Ross berkata bahawa lesen yang membolehkan syarikat AS untuk menjual komponen kepada HUAWEI “akan datang tidak lama lagi”. Ross juga berkata, pihaknya telah menerima 206 permintaan untuk lesen.

[SUMBER], [SUMBER 1], [SUMBER 2]

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here