HONOR V30 Dengan Sokongan 5G Bakal Muncul Secara Rasmi Pada 26 November 2019!

607
- Iklan -

HONOR kini dalam fasa persiapan untuk penambahan pewaris baru mereka di bawah siri V iaitu HONOR V30. Menambah keriangan ramai, HONOR menambah kini telah mendedahkan tarikh pelancaran rasmi untuk model tersebut – dijadulkan pada 26 November 2019!

Memetik khabar angin tersebar HONOR V30 bakal menampilkan skrin berlubang seperti HONOR V20 – namun bakal tampil sedikit berbeza bersama cutout untuk kamera selfie yang berbentuk bujur, bukannya bulat. Ia sekaligus memberi gambaran bahawa peranti ini bakal membawakan dua kamera selfie mirip seakan-akan Samsung Galaxy S10+. Ramai mula berspekulasi HONOR mungkin masih mengekalkan paparan LCD untuk model kali ini.

Sementara itu, kelibat kotak pembungkus untuk model ini juga telah mula tertiris. Kotak yang berwarna putih dilihat mendedahkan bahawa peranti ini mungkin dipanggil sebagai Vera 30. Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan sama-sama kita tunggu kemunculan rasmi tuan empunya badan kelak!

[SUMBER]

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here