Flower Gaming Juara Predator League 2020 Malaysia Dota 2 – Bawa Pulang Hadiah Berjumlah RM25,000!

354
- Iklan -

TAHNIAH! Flower Gaming berjaya merangkul kejuaraan bagi kejohanan Predator League 2020 Malaysia Finals! Pasukan ini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 berserta Predator Aethon 300 Gaming Keyboard.

Pusingan yang berlangsung di acara Level Up Play KL 2019 itu menyaksikan Flower Gaming berjaya menewaskan pasukan CDEC Avenger dengan mata terkumpul, 2-0. Pun begitu, pasukan CDEC berada di tempat kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 berserta Predator Galea 350 Gaming.

Manakala, tempat ketiga (Rise Esports) pula menerima wang tunai berjumlah RM5000 + Acer E300 True Harmony Earphone dan tempat keempat (Dota Hero) membawa pulang RM2,300 beserta Acer E300 True Harmony Earphone. Pasukan lain juga tidak pulang tangan kosong sebaliknya :

  • Tempat ke 5 (Pasukan Barbie Doll) & 6 (MangO + 4) – RM1,000 + Acer E300 True Harmony Earphone
  • Tempat ke 7 (Immortals) & 8 (Team ABC) – RM500 + Predator M size mouse pad
  • Tempat ke 9 (Gagak Esports), 10 (TeamCC2), 11 (X-Diamonds) & 12 (GTR Esports) – RM300 + Predator Waterproof bag
  • Tempat ke 13 (No Finger), 14 (Team GoM), 15 (Black&White) & 16 (Lapar Teruk) – RM300
- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here