Facebook Pay Kini Diperkenal – Bakal Diperkembangkan Ke Aplikasi Messenger, WhatsApp & Instagram

375
- Iklan -

Faceboook kini memperkenalkan sistem perkhidmatan pembayaran mereka dikenali sebagai Facebook Pay. Perkhidmatan ini dikatakan bakal berfungsi menerusi aplikasi Facebook dan akan diperkembangkan ke pelbagai aplikasi lain termasuk Messenger, WhatsApp dan Instagram.

Facebook Pay membolehkan pengguna membuat transaksi pembayaran dan pembelian di seluruh aplikasi dengan mudah, selamat serta konsisten. Usah risau mengenai keselamatan data kerana Facebook dikatakan menyediakan fungsi keselamatan untuk perlindungan maklumat peribadi pengguna.

Menerusi Facebook Pay juga, pengguna boleh melihat sejarah pembayaran, menguruskan kaedah pembayaran dan kemas kini tetapan dalam satu tempat. Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan bantuan secara real-time melalui live chat. Facebook Pay juga menyokong pelbagai kad kredit dan debit utama.

Buat masa ini, Facebook Pay baru sahaja dilancarkan di Amerika Syarikat sahaja dan masih belum diketahui bila ia akan ditawarkan untuk pasaran tempatan. Jadi, apa kata korang? Kongsikan dengan kami!

[SUMBER : FACEBOOK]

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here