DXOMark Mengumumkan Skor iPhone 11 Pro Max: Mencapai 117 Mata Berada Di Tangga Ketiga

614
- Iklan -

Penanda aras terkenal bagi prestasi kamera iaitu DXOMark setelah mendedahkan skor bagi Xiaomi Mi CC9 Pro, terbaru mereka juga mengumumkan skor bagi iPhone 11 Pro Max.

Melalui info yang dikongsikan, iPhone 11 Pro Max mencapai skor keseluruhan 117 mata sekaligus berada di tangga ketiga di belakang HUAWEI Mate 30 Pro dan Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition.

DXOMark melaporkan bahawa iPhone 11 Pro Max mempunyai kualiti kamera yang amat bagus, prestasi zum yang baik serta kejituan warna yang sangat memuaskan. Teknologi Deep Fusion yang baru sahaja diedarkan melalui kemaskini iOS 13.2 juga berjaya meningkatkan tahap keperincian gambar.

Contoh hasil gambar iPhone 11 Pro Max yang dikongsikan oleh DXOMark

Satu-satunya kekurangan adalah kesan noise masih kelihatan walaupun telah diperbaiki berbanding XS Max, di keadaan pencahayaan yang kurang.

[ SUMBER ]

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here