DJI Mavic Mini Rasmi Di Pasaran Tempatan – Harga Jualan Bermula RM1,599

549
- Iklan -

DJI kini mengemas kini barisan produk keluaran mereka dengan kemunculan DJI Mavic Mini – sebuah drone lipat ultra-ringan yang direka untuk menjadi FlyCam. Dengan berat sekitar 249 gram, DJI Mavic Mini dikemas kini dengan ciri-ciri drone berkualiti tinggi. Ia juga dikategorikan sebagai drone paling selamat dan mudah untuk dikendalikan – Lebih menyasarkan kepada aktiviti riadah dan hiburan.

DJI Mavic Mini dikatakan mampu terbang pada jarak maksimum sehingga 4km dengan tempoh terbang sehingga 30 minit. Selain itu, DJI Mavic Mini berupaya menangkap rakaman yang berkualiti tinggi termasuk video 2.7K pada 30fps, 1080p pada 60fps dan gambar 12MP menggunakan sensor 1/2.3 inci. Ia disokong tiga paksi gimbal bermotor bagi menstabilkan kamera bagi memastikan rakaman lebih baik dan sinematik sekaligus menjadikannya sempurna.

Bagi yang berminat, DJI Mavic Mini kini telah ditawarkan di pasaran tempatan dan sesi pra-tempahan boleh dibuat menerusi Reseller VSTECS serta pengedar sah DJI di seluruh Malaysia. Ia didatangkan dalam dua pilihan pembelian :

  • Pakej standard berharga RM1,599 – termasuk Mavic Mini, alat kawalan jauh, satu bateri, kipas tambahan dan aksesori tambahan.
  • Set Mavic Mini Fly Combo berharga RM1,999 – termasuk semua komponen dari versi standard dengan penambahan 360° Propeller Cage, hub Pengecas Dua Hala, dua bateri tambahan, tiga set kipas tambahan dan case.
- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here