YouTube merupakan aplikasi penstriman video yang sangat popular di dunia malah di Malaysia juga. Ia mempaparkan pelbagai video sama ada lagu, tutorial, review dan sebagainya. Namun menonton YouTube pastinya memakan data yang banyak. Jangan bimbang. Kami kongsikan kepada anda Cara-cara Menjimatkan Data Pada Aplikasi YouTube!!!

 

 01# Muat Turun Video

Anda boleh memuat turun video yang ingin ditonton di YouTube. Dengan ini anda boleh menonton sungguhpun ketika anda offline. Caranya mudah sahaja:

Buka Youtube => Tekan library => Tekan Download => Kemudian pilih Playlist yang ingin disimpan => Pilih Kualiti Video dan tekan ‘OK’.

Lakukan ketika mempunyai Wi-Fi bagi menjimatkan data anda.

 

02# Hadkan Pengguna Data Di YouTube

Anda boleh membuat tetapan bagi memastikan anda dapat menetapkan limit penggunaan data supaya anda tak terlajak menonton sampai habis data. Ikuti cara ini:

Buka Youtube => Pilih Settings => Kemudian Pilih General => Pilih Limit mobile data usage

 

03# Gunakan Youtube Go

Aplikasi ini pastinya dapat menjimatkan penggunaan data anda. Ia mempunyai 2 antara muka sahaja iaitu Home dan Downloads. Ia menjimatkan data kerana menawarkan video dengan kualiti yang basic atau standard sahaja (di bawah 480p). Sungguhkan liputan internet lemah, anda masih boleh menonton tanpa buffering.

Jadi tunggu apa lagi!! Cuba laa buat dulu. Tak kan dah habis data baru nak menyesal kan!!

_____________________

Artikel Berkaitan: