ColorOS 7 Diperkenalkan Secara Rasmi – Inilah Ciri Baharu Yang Perlu Korang Tahu!

581
- Iklan -

OPPO kini secara rasmi memperkenalkan antaramuka terbaharu mereka iaitu ColorOS 7 dalam sebuah acara pelancaran berlangsung di India. Antaramuka ini bakal dilepaskan ke 20 model OPPO termasuk siri Reno, F, K dan banyak lagi – versi percubaan kini telah pun bermula.

ColourOS 7 dilengkapi beberapa ciri baharu termasuk kemasan reka visual serba menarik, sistem warna lebih selesa, kesan bunyi dengan peningkatan lebih baik dan banyak lagi. Tidak ketinggalan. ia juga membawakan prestasi permainan dan mod malam yang lebih baik.

ColourOS 7 dibina dengan paparan antaramuka yang mesra pengguna – membantu pengguna memfokuskan lebih banyak pada kandungan. Sokongan dark mode juga dilihat menyediakan pengalaman membaca yang unggul – sekaligus bantu mengurangkan penggunaan bateri. Antaramuka ini turut dilengkapi reka bentuk visual yang baru bersama peningkatan warna UI yang selesa.

Selain itu, UI turut ditambah dengan sokongan Focus mode. OPPO mendakwa UI ini lebih pintar dan boleh beralih ke Driving mode secara automatik apabila disambungkan ke Bluetooth kereta. OPPO juga menyediakan fungsi dipanggil DocVault yang membolehkan pengguna menyimpan dokumen rasmi dengan mudah.

Dalam pada itu, OPPO juga mendakwa bahawa kelajua aplikasi meningkat sebanyak 25% dan penggunaan RAM pula dipertingkatkan sebanyak 40%. Prestasi permainan juga telah ditambah baik – dengan kadar tindak balas sentuhan meningkat sebanyak 15% dengan kadar frame rate mencecah 15%.

Bercakap mengenai kamera, OPPO turut menambah beberapa peningkatan menarik termasuk rakaman video lebih mantap, Portrait Mode 2.0 dan peningkatan dalam prestasi mod malam.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here