- Iklan -

Wuhuhu! Yang ditunggu-tunggu sudah muncul, HUAWEI Y9s kini bertemu peminat! Spesifikasi semua hebat-hebat belaka oi! Jaga-jaga korang…Phone ni pasti menggegarkan barisan smartphone kelasnya dengan ciri-ciri dan fungsi-fungsi yang mantap – termasuklah bateri besar! Skrin besar!

Tak cukup dengan tu, storan pun besar woi! Eh, biar betul? Haaa, tak percaya lah tu kan. Korang kena percaya, sebab penulis pun dah cuba sendiri – sejujurnya memang seronok dan hebat! Pasti ramai tertanya-tanya memang mantul sangat ke phone ni? Okay, jom penulis share dengan korang pasal phone ni, let’s go!

Teruja dan selesa! Itu yang penulis mampu gambarkan sewaktu berpeluang mencuba sendiri phone ni. Eh, nampak macam over kan? Haha! Tapi itulah kebenaran. Sebab, peluang ini ternyata memberikan pengalaman baharu buat penulis – ternyata berbeza daripada yang lain.

Lebih besar skrin, lebih banyak kandungan! Kalau korang nak tahu, skrin HUAWEI Y9s bersaiz 6.59 inci FHD+ dengan paparan penuh tanpa ‘notch’. Hmm…sepanjang penggunaan penulis berasa puas menikmati ruang yang banyak pada smartphone ini untuk melihat kandungan video serta mesej dengan efektif. Senang cakap – pada yang kaki drama macam penulis tu, korang kena beli phone ni sebab memang best dan puas hati!

Tambahan pula, korang pun boleh tengok kandungan dalam satu binkai tanpa kerja menatal (scroll) yang menganggu – so memang boleh fokus pada kandungan dengan lebih lama misalnya ketika membaca artikel yang agak panjang. Apa? Suka membaca dalam gelap? Korang pun boleh relax je sebab smartphone ni ada perlindungan TUV untuk keselamatan mata di mana sangat membantu ketika membaca dalam gelap.

Perkara seterusnya yang menambah keterujaan penulis adalah sokongan bateri yang besar! Besar dan besar! Aha! Bateri ni sememangnya amat membantu dalam urusan seharian penulis – nak nak pula penulis jenis yang malas nak bawa powerbank ke mana-mana. Beratlah katanya! So, Dengan HUAWEI Y9s yang membawakan bateri kapasiti 4,000 mAh (menerusi USB-C) memang penyelematlah! Fuh!

Lagi hebat, bateri ini berupaya mempersembahkan prestasi menakjubkan – mampu bertahan mencecah 2 hari. Ini bukan propa ya! Ini adalah kebenaran. Jadi, ternyata ia memuaskan jika dilihat daripada aspek baterinya , ditambah pula harganya yang berbaloi iaitu RM999 – maka tidak keterlaluan jika dikatakan ia sebuah smartphone terbaik ketika ini.

Satu lagi yang menarik perhatian penulis mengenai HUAWEI Y9s adalah sokongan memori yang tidak berpenghujung – di mana ia diselitkan dengan persediaan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB ROM. Penulis merasakan sokongan kapasiti memori ini memberikan pengalaman yang tiada tandingan – tambahan pula penulis jenis yang gemar mengambil gambar.

Apa lagi best, HUAWEI Y9s bukan sahaja boleh dikategorikan sebagai ‘penyemat kenangan yang baik’ – bahkan ia juga sesuai untuk di kaki gamers mobile. Kenapa? Sebabnya, HUAWEI Y9s dibenamkan dengan sokongan GPU Turbo 3.0 bersama pemproses yang baik iaitu cip Kirin 710F. Percayalah! Jangan risau bab prestasinya, confirm mantap! Super mantap – no more lag! TERBAIK!

Ha, tak kalah menarik! Kamera HUAWEI Y9s juga memiliki prestasi luar biasa yang sangat baik. Peranti ini dibekalkan dengan tiga kamera utama – 48MP (utama) + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Bokeh) dan mengiringinya adalah 16MP Auto Pop-up kamera selfie. Pengalaman mengguna kemera phone ini membuatkan penulis berasa seakan-akan photographer professional ketika menangkap gambar. Sebab, kualitinya memang menarik!

Terbaik bukan? Korang okay ke tak tu? Hehe! Apa? Tak puas lagi? Nak tahu spesifikasi lain? Okay! Let’s check this out!

SPESIFIKASI RINGKAS HUAWEI Y9s
  • EMUI 9.1 + Android 9
  • 59″ IPS LCD FHD+ (2340 x 1080)
  • Kirin 710F
  • 6GB RAM + 128GB ROM
  • MicroSD 512GB
  • Kamera Utama : 48MP (f/1.8) + 8MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4)
  • Kamera Depan : 16 MP (f/2.2)
  • Bateri 4,000 mAh (USB-C)
  • Warna : Breathing Crystal & Midnight Black

Bagi yang berminat, HUAWEI Y9s ditawarkan pada harga RM999 dan ketersediaan adalah bermula HARI INI. Setiap pembelian didatangkan dengan hadiah menarik berupa HUAWEI Band 4 (bernilai RM139) yang boleh ditebus melalui Member Center.

Sebagai pilihan, korang juga boleh dapatkan HUAWEI Y9 Prime pada harga baharu RM799 sahaja! Tunggu apa lagi? Dapatkan menerusi laman rasmi HUAWEI Store, atau kunjungi HUAWEI Experiences Store berdekatan korang, hari ini juga!

**Advertorial daripada HUAWEI Mobile

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here