Barisan ‘iPhone 12’ Dijangka Hadir Dengan Skrin Lebih Besar & Teknologi OLED Yang Berbeza

541
- Iklan -

Sejak kebelakangan ini, nama iPhone 12 nampaknya menjadi bualan hangat ramai pihak termasuk media. Menurut sumber, Apple dilaporkan merancang bakal menawarkan model yang lebih kecil dan lebih besar daripada yang sedia ada – 5.4 inci , 6.1 inci dan 6.2 inci.

Selain itu, Apple juga didakwa turut merancang untuk menghasilkan satu model dengan sokongan 5G – pun begitu penganalisis terkemuka Apple iaitu Ming-Chi Kuo berkata kesemua ‘iPhone 12’ bakal didatangkan sokongan 5G. Menurut khabar angin tersebar lagi, Apple berkemungkinan menggunakan skrin teknologi OLED yang sama pada iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. LG dilaporkan akan membekalkan panel OLED untuk model 6.1-inci.

Apple dijangka memperkenalkan pewaris baru mereka pada bulan September – ia adalah satu tradisi Apple setiap tahun. Pun begitu, terdapat khabar angin mendedahkan Apple bakal memperkenalkan varian lebih murah yang mungkin dikenali sebagai iPhone SE2, pada suku pertama tahun 2020. Ia dijangka muncul seakan mirip iPhone 8 tetapi menggunakan cip pemproses baru yang ditawarkan di dalam siri iPhone 11.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here