ASUS ZenBook Duo & ASUS ZenBook Pro Duo Kini Rasmi – Harga Jualan Bermula RM4,699!

341
- Iklan -

ASUS Malaysia mengemas kini penawaran bagi komputer riba keluaran mereka dengan kemunculan ASUS ZenBook Duo dan ASUS ZenBook Pro Duo, yang mana telahpun membuat penampilan awal di Computex Taipei tengah tahun ini.

Kedua-dua komputer riba ini hadir dengan dimensi yang cukup padat di samping gabungan pelbagai teknologi terkini, antaranya pemproses i5/i7 (ZenBook Duo) dan i7/i9 (ZenBook Pro Duo), NVIDIA GeForce MX250/RTX 2060, sokongan Thunderbolt 3, WiFi 6 dan sebagainya.

Selain itu, kedua-duanya juga merupakan komputer riba yang cukup sempurna untuk melakukan pelbagai tugasan multitask dengan mudah kerana ia dibekalkan ScreenPad Plus yang akan berfungsi sebagai paparan kedua.

Berikut adalah spesifikasi untuk kedua-dua model:

[ ASUS ZenBook Duo ]

  • Sistem Operasi: Windows 10
  • Pemproses: Intel Core i7-10510U & Intel Core i5-10210U
  • Grafik: NVIDIA GeForce MX250
  • Paparan: 14″ LED-backlit FHD (1920 x 1080), NanoEdge display
  • Memori: 8GB 2133MHz LPDDR3
  • Storan: PCIEG3x2 NVME 512GB M.2 SSD
  • Warna: Calestial Blue
  • Harga:  ASUS ZenBook Duo (i5)– RM4,699 / ASUS ZenBook Duo (i7) – RM5,699

 

[ ASUS ZenBook Pro Duo ]

  • Sistem Operasi: Windows 10
  • Pemproses: Intel Core i9-9980HK & Intel Core i7-9750H
  • Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2060
  • Paparan: 15.6″ OLED 4K (3840 x 2160)
  • Memori: 32GB 2666MHz DDR4
  • Storan: PCIEG3x2 NVME 1TB M.2 SSD
  • Warna: Calestial Blue
  • Harga: ASUS ZenBook Pro Duo (i7) – RM12,999 / ASUS ZenBook Pro Duo (i9) – RM13,499

 

 [ REVIU PENUH >> Reviu Eksklusif: ZenBook Duo & Pro Duo Power Sangat Ke Nak Multitasking??? ]

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here