Akhirnya Tiba! HONOR 9X Dengan Kamera Utama 48MP Rasmi – Harga Jualan RM999!

750
- Iklan -

Akhirnya tiba di pasaran tempatan! Inilah dia pewaris baru HONOR untuk siri X – mempersembahkan HONOR 9X! Membawakan sejumlah penawaran menarik di samping teknologi lebih hebat, kemunculan peranti ini pastinya menggembirakan hati mereka yang sudah lama menantikan detik ini.

HONOR 9X dibina dengan paparan bersaiz 6.59″ IPS LCD dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080). Nisbah skrin ke badan adalah mencecah 91% dengan kemasan bezel yang seimbang. Model kali ini dibina dengan rekaan kamera swafoto ‘pop-up’ dengan lensa sebesar 16MP.

Enjin dalaman peranti dikuasakan oleh cip pemproses Kirin 710F dengan padanan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Tak cukup? Storan ini boleh dikembangkan sehingga 512GB menerusi slot microSD. Melengkapinya adalah bateri berkapasiti 4,000mAh (menerusi USB-C).

Untuk kamera, HONOR 9X dibekalkan dengan persediaan tiga kamera utama – 48MP (f/1.8) (main) + 8MP (f/2.4) (Super Wide Angle) + 2MP (f/2.4) (Depth-Assist). Menariknya lagi, kamera ini juga didatangkan dengan sokongan AI-enabled Image Stabilization (AIS) Super Night mode yang mana boleh bantu meningkatkan kualiti penggambaran malam dengan ketara.

 

HARGA & KETERSEDIAAN

Tersedia dalam dua pilihan warna menarik seperti Midnight Black dan Sapphire Blue, HONOR 9X ditawarkan pada harga RM999. Bagi yang berminat, pra-tempahan akan bermula pada 22 November di Hihonor dan Lazada, sementara jualan rasmi secara online akan bermula pada 28 November di Hihonor, Lazada dan Shopee, serta di semua HONOR Experience Stores pada 29 November.

Promosi eksklusif turut ditawarkan dari HONOR Malaysia bersama hadiah eksklusif seperti berikut:

Platform 22-27 November (Pra-Tempahan)
Hihonor Tambahan RM0.99 bagi mendapatkan seunit HONOR Sport PRO Headphone*
ATAU PERCUMA HONOR Band 5 Sport & gift box*

Lazada

*sementara stok masih ada

Tarikh Platforms Hadiah Percuma
28 November 2019 Hihonor HONOR Band 5 Sport & gift box* + Beli HONOR Sport PRO Headphones* hanya pada RM199 (tawaran sehingga 1 Disember 2019)
Lazada
Shopee
29 November 2019 HONOR Experience Stores (HES)

*sementara stok masih ada

 

[ Reviu Eksklusif : Hmmm..Smartphone Paling ‘Onz’? Mampukah HONOR 9X Menambat Hati Pembeli? ]

_____________________

BACA JUGA:

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here