Xiaomi Mi 9 Lite Hadir Di Malaysia – Disertakan Dengan Snapdragon 710 & Dijual Pada harga Bermula Dari RM1199

597
- Iklan -

Peminat Xiaomi pasti teruja apabila Xiaomi Mi 9 Lite kini tiba di Malaysia dan dijual pada harga bermula dari RM1199 bermula 1 November ini dan akan tersedia di Lazada dan Shopee.

Menariknya, peranti ini tampil dengan skrin 6.39″ AMOLED dan dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 710 dan dipadankan dengan memori 6 GB RAM serta pilihan storan iaitu 64GB / 128GB.

Jika dilihat dari aspek kamera juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan sistem trikamera pada bahagian belakang iaitu 48MP + 8MP + 2MP. Manakala bagi kamera hadapan pula ia hadir dengan 32MP.

Kapasiti bateri juga lihat agar besar apabila ia hadir dengan 4030mAh dan dipadankan dengan pengecasan pantas 18W QuickCharge 4.

Ia turut dihadirkan dengan pengimbas cap jari dalam skrin dan turut diseratakan dengan infra red dan NFC. Ia bakal tampil dengan 3 pilihan warna iaitu Pearl White, Aurora Blue dan Onyx Grey. Berikut adalah harga jualan peranti ini:

  • 6GB + 64GB: RM1199
  • 6GB + 128GB: RM1299

Beli Peranti Xiaomi Di Sini:

_________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here