Vivo NEX 3 Bertemu Peminat Gajet Tanah Air Pada 17 Oktober Ini!

337
- Iklan -

Sekian lama berteka-teki, vivo Malaysia akhirnya membuka mulut mengesahkan bahawa vivo NEX 3 bakal tiba ke pasaran tempatan pada 17 Oktober ini! Dengan siri NEX terbaru ini, vivo bakal memperkenalkan teknologi terbaharu mereka dengan menawarkan pengguna pengalaman 5G yang terbaik.

Sebagai salah satu siri smartphone yang premium, vivo NEX 3 dibungkus dengan kombinasi mewah teknologi 5G terkemuka di industri vivo, konsep reka bentuk paparan inovatif dan aplikasi pintar yang memenuhi semua keperluan pengguna. Di samping meningkatkan pengalaman pengguna, ia juga menambah satu lagi kejayaan pencapaian kepada siri perdana.

Tentu korang teruja kan? Ha, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak dan vivo pasti sudah merancangkan yang terbaik buat peminat setia mereka! Nantikannnn…Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here