[ Ura-Ura ] iPhone 11S Bakal Menyokong Rangkaian 5G + Cip A14 5nm + Paparan Skrin 120Hz?!

733
- Iklan -

Walaupun siri iPhone 11 tidak menyokong rangkaian 5G seperti mana pengeluar yang lain, namun ini tidak menghalang peminat tegar terus menggunakannya.

Terkini, ada khabar angin yang mengatakan bahawa iPhone 11S atau lebih dikenali sebagai iPhone 2020 akan hadir bersama sokongan rangkaian 5G dari Qualcomm X55 dan cip A14 dengan teknologi 5nm akan dibekalkan dalam iPhone baharu.

Di bawah rangkaian 5G ini, kelajuan muat turun boleh mencapai sehingga 7Gbps, sementara kelajuan muat naik mencapai sehingga 3Gbps.

Selain itu, ada juga berita tertiris yang mengatakan iPhone baharu akan dilengkapi dengan skrin 120Hz bagi meningkatkan kadar segar paparan skrin sepertimana peranti gaming yang tersedia di pasaran.

Adakah semua ura-ura ini akan menjadi kenyataan di tahun hadapan? Adakah harga jualan akan melambung naik lagi? Kita tunggu setahun lagi ya…

____________________

BACA JUGA:

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here