#TikTokClassroom Diperkenal – Inisiatif Menarik Pelajari Pelbagai Perkara Di Luar Bilik Darjah

285
- Iklan -

Bersempena Hari Guru Antarabangsa baru-baru ini, TikTok telah melancarkan satu inisiatif pendidikan sebagai penghormatan kepada pendidik di Malaysia dan seluruh dunia – dikenali sebagai #TikTokClassroom.

Inisiatif ini menyediakan platform inklusif dan menarik bagi mempelajari pelbagai perkara baru di luar bilik darjah. Setiap dua minggu, pendidik di TikTok dari Malaysia & seluruh dunia akan berkongsi kepakaran mereka mengenai pelbagai perkara termasuk penguasaan bahasa, seni fotografi dan banyak lagi. Lihat video DI SINI.

Setiap kelas terdiri daripada tiga pendidik – mereka akan berkongsi sebanyak tiga atau lebih tutortial daripada pelbagai subjek. Para pengguna boleh mengakses video ini dengan menaip #TikTokClassroom pada carian di aplikasi TikTok. Antara senarai pendidik terlibat termasuklah Ong Siew Ling, Salnusie bin Mohamad dan Elden Chan. Muat turun TikTok menerusi : App Store | Google Play

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here