Mara Phone lancar 2 Peranti Terbaharu, Mara X & Mara Z – Telefon Pintar Afrika Yang Pertama!

401
- Iklan -

Jenama telefon pintar pada ketika ini datang daripada negara-negara maju. Justeru bagi mengubah persepsi ini, Rwanda sebuah negara di Afrika telah menghasilkan telefon pintar yang dikenali sebagai Mara phone.

2 model dalam peranti ini adalah Mara Z dan Mara X hadir dengan sistem operasi Android One dan Android Go. Peranti ini adalah 100% buatan Afrika yang mana sebanyak 1000 komponen telah dikilangkan sendiri.

Mara Z hadir dengan skrin 5.7″ HD+. Lebih menarik apabila ia dikuasakan oleh Snapdragon 435 dan dipadankan dengan RAM sebesar 3GB dan storan sebesar 32GB. Kamera pula disertakan dengan 13MP bagi kamera utama dan begitu juga dengan kamera hadapan. Bateri sedikit kecil apabila disertakan dengan 3075mAh.

Dalam pada itu, Mara X dihadirkan dengan skrin 5.5″ HD+ dan dikuasakan oleh cip pemproses Mediatek MT6739. Turut dipadankan dengan RAM sebesar 1GB dan storan 16GB. Kamera utama pula adalah 13MP dan kamera hadapan 5MP dan disertakan dengan bateri 3500mAh.

Harga jualan bagi Mara Z ialah 175,750 Rwandan francs (kira-kira RM795) manakala bagi Mara X pula ia dujual pada harga 120,250 Rwandan francs (kira-kira RM544).

___________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here