Tab Following Activity Di Instagram Korang Dah Hilang? Kenapa Eh?

392
- Iklan -

Hello korang yang kaki Instagram tu. Kalau korang jenis orang yang suka tengok tab following activity di Instagram, ada sesiapa tak perasan yang tab tu dah hilang? Tak perasan? So, apa kata korang cuba check kejap…

Dah hilang kan? Aha! Instagram kini telah pun mengeluarkan ciri following activity tab tersebut – dalam usaha menjadikannya aplikasi lebih mudah digunakan. Memetik sumber, ciri tersebut juga dibuang kerana ia tidak banyak digunapakai dan ramai orang yang tidak tahu mengenainya.

Selain itu, penyingkiran ciri ini juga adalah salah satu perubahan dalam usaha memperbaiki cara pengguna berhubung dengan orang yang mereka sayangi. Well, bagi kami ini adalah satu perubahan yang baik – sekurang-kurangnya korang tak lah sakit hati, bila nampak crush like gambar orang lain, ye dok?

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here