Steady La Bro… Nak Vlogging Seperti YouTuber Femes? Try OPPO Reno2!

328
- Iklan -

Zaman sekarang ni ramai yang suka merakam kenangan indah dalam bentuk vlog, sebab? Bolehlah simpan selama-lamanya. Tapi… ada satu isu besar dalam hal ini! Haah… tu dia isu kestabilan semasa merakam video.

Sambil merakam sambil berjalan tentunya akan menjadikan kualiti video kurang stabil, oleh itu peranti baharu OPPO Reno2 telah berusaha dalam menawarkan sistem kamera yang sangat baik khususnya dalam penggambaran vlog. Bukan itu sahaja, mod rakaman yang tampil pada Reno2 juga sangat unik dan menarik! Tak percaya, kita bedah siasat one by one…

 

Kuad Kamera Utama 48MP – Kualiti Video Lebih Menonjol

OPPO Reno2 hadir dengan gabungan kuad kamera 48MP Sony IMX586 + 13MP Telefoto + 8MP Wide angle + 2MP Mono, menawarkan kualiti penggambaran yang cukup baik sekaligus sokongan sudut lebar 116̊  dan 5x zum hibrid serta 20x zum digital menyempurnakan lagi hasil rakamannya.

Pelbagai ciri-ciri unik yang ada pada peranti ini juga membantu menghasilkan kualiti video/gambar yang cukup memuaskan, antaranya:

 

01# Ultra Steady

OPPO Reno2 menyokong teknologi Ultra Steady, yang mana ia dapat meningkatkan kestabilan rakaman video sekiranya bermain aktiviti extreme seperti skateboarding atau menaiki roller coaster. Ini semua tergantung pada sokongan Optical Image Stabilization (OIS) dan Electronic Image Stabilization (EIS), yang mampu menghasilkan video dengan lebih jelas dan stabil.

 

02# 5x Zum Hibrid + 20x Zum Digital

Sokongan 5x zum hibrid dan 20x zum digital pada OPPO Reno2 mampu merakam objek jauh tanpa menjejaskan kualiti, sama ada dengan lensa sudut lebar atau lensa telephoto. Kebolehan ini bukan sahaja pada rakaman video, bahkan juga boleh digunakan semasa mengambil gambar.

 

03# Video Kesan Bokeh

Selain ciri Ultra Steady dan zum yang disebutkan di atas, OPPO Reno2 juga hadir dengan satu ciri yang best – namanya Video Kesan Bokeh. Anda boleh menjadikan kesan bokeh pada video dengan kamera utama atau kamera swafoto, tambahan lagi boleh menyelaras kesan bokeh supaya potret tampil lebih menonjol.

 

04# Sound Focus

Bagi seseorang Vlogger, kualiti audio video adalah sangat penting supaya suara anda tidak tenggelam dalam suasana persekitaran yang agak bising. So… OPPO Reno2 sangat sesuai bagi Vlogger kerana ia menyediakan sebanyak 3 microfon, bukan sahaja merakam suara bahkan kebolehan zum audio tu lagi power!

Zum audio?! Apa tu?! Haah… teknologi ini sebenarnya boleh merakam suara anda yang berada di jauh dengan lebih jelas. Maknanya sekiranya anda merakam kawan yang sedang bercakap pada jarak jauh dengan 5x zum hibrid atau 20x zum digital, suaranya tetap kedengaran jelas. Syok kan?! Tambahan lagi sokongan noise reduction mampu mengoptimumkan bunyi semasa rakaman, biarpun angin yang sekuat mana suara anda tetap menjadi fokus.

 

05# SOLOOP

Suntingan video mungkin agak sukar bagi pemula Vlogger, bukan?! OPPO Reno2 juga menyediakan aplikasi penyuntingan video terbina-dalam – dikenali sebagai SOLOOP. Aplikasi ini membolehkan anda menyunting rakaman video dengan lebih mudah tanpa merisaukan hasilnya.

 

06# Ultra Dark Mode

Penggambaran di waktu siang hari mestilah tiada masalah, apa kata waktu malam atau di pencahayaan yang terhad? OPPO Reno2 sedia membantu!

Ultra Dark Mode yang diperkuatkan dalam peranti ini mampu menyerlahkan gambar yang diambil dalam suasana gelap dengan teknologi AI yang disertakan dalam kamera.

 

Prestasi Dalaman Lebih Mengagumkan

Selain kehebatan dalam prestasi penggambaran, OPPO Reno2 juga menawarkan prestasi dalaman yang amat mengagumkan. Dilengkapi cip pemproses Snapdragon 730G, sokongan RAM 8GB dan 256GB ROM menjamin kelancaran semasa menggunakannya.

Di samping itu, kapasiti bateri sebesar 4,000mAh di bawah sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0 juga membolehkan kaki gamer bermain permainan tanpa isu bateri.

 

Paparan Skrin Besar Lebih Selesa

Saiz paparan skrin menjadi salah satu pilihan utama semasa membeli peranti pintar, jika prestasi dalaman sehebat mana pun, saiz skrin tidak menepati permintaan tetap tidak akan dipilih, betul tak?!

So… OPPO Reno2 mempunyai kuasa dalaman yang ohsem, juga mempunyai paparan skrin yang ohsem! 6.5 inci skrin AMOLED memudahkan penglihatan di bawah sinaran cahaya, selain itu rekaan bezel nipis dan tiada takuk meningkatkan lagi pengalaman semasa menonton.

Penapisan cahaya biru untuk melindungi mata pengguna juga membawakan penurunan sebanyak 41.6%, secara langsungnya mengurangkan kerosakan mata apabila menggunakan peranti dalam jangka masa lama di keadaan pencahayaan yang gelap.

Lebih menarik, OPPO Reno2 merupakan peranti pertama yang menerima pengiktirafan sijil TÜV Rheinland dan juga merupakan peranti berspesifikasi tertinggi bagi paparan mudah alih.

 

Pra-Tempahan OPPO Reno2 & Dapatkan Hadiah Percuma Bernilai RM318

OPPO Reno2 ditawarkan dalam 2 pilihan warna, iaitu Luminious Black dan Sunset Pink. Pra-tempahan sudah bermula dan bakal tamat pada 25 Oktober di semua kedai konsep OPPO, pengedar sah OPPO atau kedai atas talian OPPO, rakan kongsi e-dagang Lazada, Shopee, Senheng, senQ dan DirectD.

Setiap pra-tempahan didatangkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM318, termasuk waranti perlindungan skrin setahun (RM119) dan bag eksklusif bernilai RM119. Pelanggan yang membuat pra-tempahan akan menerima peranti mereka pada 26 Oktober.

 

Nikmati Hadiah Percuma Sempena Jelajah Jualan Pertama  

Jualan pertama OPPO Reno2 akan berlangsung di Sunway Pyramid pada 26 Oktober 2019, pelanggan yang telah membuat pra-tempahan dan mengambil peranti mereka pada hari jualan pertama juga dapat menyertai Lucky Draw yang berpeluang membawa balik seunit OPPO Reno2. Pemenang akan diumumkan pada 11 pagi, 12 tengah hari dan 1 petang.

Tambah menarik lagi, 1000 pelanggan pertama yang membeli OPPO Reno2 akan menerima hadiah bernilai RM1067, termasuk bag eksklusif OPPO Reno (RM199), OPPO Enco Q1 Wireless Noise Cancelling Headphones (RM599) dan powerbank OPPO VOOC (RM269). Minuman bubble tea KOI juga tersedia secara percuma khas pelanggan yang terawal berada di roadshow.

Menariknya lagi, roadshow kali ini juga akan dimeriahkan lagi bersama selebriti terkenal Eric Chou pada jam 3 petang. Sebagai salah seorang OPPO Malaysia Storygrapher, Eric Chou juga akan memberikan tandatangan eksklusif beliau kepada 20 pelanggan pertama yang membeli OPPO Reno2. Apa tunggu lagi, serbu Sunway Pyramid Orange Concourse, Sabtu ini!

 

**Advertoria dari OPPO Malaysia

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here