Skim Pembayaran Baharu Kepada Penunggang Foodpanda Akan Diteruskan!! – Mampu Jana lebih Pendapatan

417
- Iklan -

Dalam beberapa hari ini kita dikejutkan dengan keputusan Food Panda menukar skim pembayaran kepada penunggang. Walaupun penunggang melakukan mogok dan protes, tetapi keputusan tersebut masih dikekalkan.

Menurut Foodpanda, skim baharu ini akan meningkatkan pendapatan penunggang yang rajin sehingga 50% yang sekaligus memberikan motivasi kepada mereka.

Menurut Foodpanda lagi, penunggang yang melakukan mogok hanyalah 1% daripada jumlah penunggang. Menurut mereka, tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap mereka.

Bagi rider di luar kawasan lembah klang, skim pembayaran baharu ini memperlihatkan kadar sejam telah dimansuhkan. Ia akan menaikkan bayaran bagi setiap pesanan dari RM4.50 kepada RM7 sejam, berbanding RM3 kepada RM5 sebelum ini.

Penunggang juga akan menerima tamabahan RM1 bagi setiap pesanan antara jam 11 malam dan 9 pagi setiap hari dan bakal menerima insentif sebanyak RM100 sekiranya mencapai 60 jam kerja seminggu.

Bagi penunggang di Kuala Lumpur, gaji asas iaitu RM4 setiap jam dan antara RM3 dan RM5 setiap pesanan dikekalkan. Namun, bayaran setiap pesanan berbeza mengikut prestasi penunggang.

___________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here