Samsung Perkenal Cip Perdana Baharu – Exynos 990, Peningkatan 20% Lebih Pantas & Grafik Makin Padu

354
- Iklan -

Samsung kini muncul dengan cip perdana baharu iaitu Exynos 990 – cip pemproses ini menggunakan teknologi proses 7nm + EUV dan dilengkapi dengan GPU Mali-G77 berdasarkan seni bina yang baru.

Cip ini didakwa membawakan peningkatan 20% lebih pantas dalam prestasi perlaksanaan tugas, pengedalian grafik dan dua kali kelajuan pada perisian untuk cip AI berbanding pendahulunya – berkat CPU tri-klusternya yang terdiri daripada dua teras Cortex-A76 berprestasi tinggi dan empat teras Cortex-A55.

Selain itu, cip ini juga dikatakan mempunyai keupayaan kadar kesegaran sehingga 120Hz – membolehkan ia menampilkan paparan lebih tinggi. Untuk aspek AI pula, cip ini dibina dengan unit pemprosesan neural dwi-teras (NPU) dan pemproses isyarat digital baru yang mampu melaksanakan lebih daripada sepuluh trilion operasi sesaat.

Seiring pengenalan ini, Samsung juga muncul dengan Modem 5G baru – Samsung Exynos Modem 5123. Cip ini dibina dengan proses berasaskan 7nm bersama rangkaian 5G yang boleh mengiringi Exynos 990. Ia menyokong hampir semua rangkaian termasuk 5G sub-6GHz dan mmWave spektrum kepada 2G GSM / CDMA, 3G WCDMA, TD-SCDMA, HSPA dan 4G LTE dengan kelajuan muat turun yang hebat. Menurut Samsung, Exynos 990 dan Exynos Modem 5123 dijangka memulakan pengeluaran besar-besaran menjelang penghujung tahun ini.

SUMBER : SAMSUNG ]

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here