Samsung Galaxy Tab S6 Kini Rasmi – Dijual Pada Harga RM3099 & Tersedia Mulai Hari Ini!!

575
- Iklan -

Samsung tadi turut mengumumkan bahawa Samsung Galaxy Tab S6 kini telah tersedia di Malaysia bermula hari ini pada harga RM3,099.

Spesifikasi peranti ini memang awesome apabila ia dihadirkan dengan skrin 10.5″ Super AMOLED. Ia turut dipadankan dengan 6GB RAM dan storan sebesar 128GB dan MicroSD yang boleh dikembangkan sehingga 1TB.

Paparan menakjubkan ini turut disokong oleh sistem bunyi yang sangat baik apabila ia dihadirkan dengan 4 speaker dari AKG dan Dolby Atmos.

Kamera Galaxy Tab S6 juga baik apabila ia dihadirkan dengan dwi-kamera bagi kamera belakang iaitu 13.0 MP + 5.0 MP. Manakala bagi kamera hadapan pula ia dihadirkan dengan 8.0 MP.

Menariknya, kapasiti bateri bagi Galaxy Tab S6 sangat besar iaitu 7040mAh yang mampu memainkan video tanpa henti selama 15 jam.

Lebih menarik lagi, S Pen pada peranti ini telah dipertingkatkan apabila ia dihadirkan dengan fungsi S Pen Air action. Jadi anda boleh mengawal ketika ingin mengambil gambar atau video. S Pen ini turut dihadirkan dengan pengecasan tanpa wayar yang memberikan jangka hayat selama 10 jam selepas 10 min di cas.

Samsung Galaxy Tab S6 hadir dengan 3 varian warna iaitu Mountain Gray, Cloud Blue dan Rose Blush akan tersedia di semua Samsung Experience stores dan pengedar Samsung yang sah di seluruh Malaysia.

Menariknya, bermula dari 31 Oktober ini, pembeli hanya perlu menambah RM200 ketika membeli peranti ini dan anda akan memiliki Tab S6 Book Cover Keyboard yang bernilai RM699 sementara stok masih ada.

Beli Peranti Samsung Di Sini:

_______________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here